Posts

Showing posts from April, 2012

ALLAH ITU BAQA’

8.40 pagi di kelas Tahun 3 SJKC ENG LING, hanya ada 5 orang murid yang belajar Pendidikan Islam. Hari ini, ustazah akan mengajar tentang tajuk Baqa'. Sedikit pengenalan ringkas tentang latar belakang murid. Murid A – seorang murid pintar, ibu bapa bekerjaya dan mementingkan ajaran agama. Murid B – seorang murid sederhana, ibu bekerja (tidak bertudung) dan bapa pula bekerja di Singapore. Murid C – seorang murid sederhana, ibu muallaf tetapi hebat dalam mengajar agama, bapa seorang tentera. Murid D – seorang murid sederhana, kacukan Malay n Australia, bapanya atheis manakala ibu masih Melayu yang layu, seksi dan sudah bercerai. Murid E – seorang murid lemah yang dilahirkan tanpa bapa, keluarga 69-kucar kacir, tinggal bersama ibu, atuk dan nenek.   Kisahnya bermula apabila seorang ustazah yang poyos bertanyakan beberapa soalan tentang kepercayaan tentang alam yang akan musnah suatu hari nanti. Anak-anak masih ingatkah kejadian Tsunami yang pernah melanda Acheh, dan beberapa negara lai...

kematian semakin rapat dengan kita...

kematian itu hadir tanpa dapat kita bau. benarla ia akan mengikut kita, jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan dunia....memburu sehingga mengabaikan perintah Khaliq. saya tergamam dan masih terkejut dengan pemergian sahabat saya NURHANA NURUDDIN yang merupakan seorang yang amat lembut, berbudi bahasa dan sentiasa menjaga hati orang lain. dia menjaga solat sunatnya. saya pernah tinggal bersamanya. hana, itulah panggilan buatnya. masih segar kenangan bersamanya. tahun ini usia kami menjengah 30 tahun, dan dia menghadap illahi seawal usia ini meninggalkan suami dan dua cahayamatanya. saya memang teringatkan kawan2 sejak akhir2 ini, saya cuba menghubungi sahabat2 lama. saya baru mulakan jejak sahabat2 apium, tetapi tidak sempat lagi menjejak sahabat2 shams. rupanya, sahabat saya dipanggil Allah. saya sayangkan dia, dia seorang yang baik. kadang-kadang bahasa dan perilaku saya mengguriskan hatinya tapi arwah tetap sabar. masih ada lagi gambar2 arwah dalam simpanan saya, gambar sewaktu ka...

daie itu cita-citaku

menjadikan penulisan sebagai salah satu rutin harian bukan sesuatu yang mudah. ramai orang mampu bersuara lantang tetapi gagal menulis dengan hebat. saya pernah bercita-cita menjadi penulis kerana pada asalnya saya telah pahatkan di dalam hati saya untuk menjadi seorang pendakwah. oleh kerana ingin menjadi pendakwah, saya rasakan bidang pekerjaan bukan penghalang untuk saya mencapai impian itu. dan keraa itulah, saya terjun ke bidang perguruan, alhamdulillah memang banyak membantu saya menerapkan ISLAM di dalam jati diri anak-anak Melayu masakini. selama minggu ini, otak telah dipadatkan dan disemakkan dengan pencarian rumah sewa di sekitar nilai, seremban dan senawang. antara menyewa atau membeli. kami hanya ada satu bulan untuk memunggah semua barang-barang. alangkah indahnya kalau ada umah sewa beli. saya tertarik dengan beberapa rumah di kampung panchur, namun masih belum berkesempatan bertemu dengan waris rumah tersebut. dikhabarkan pemiliknya telah meninggal, mungkin urusan pen...

KASIHNYA IBU…

Pagi ini diindahi dengan tazkirah dari ustaz Radio Ikim, penceritaan tentang seekor monyet bersama anaknya. Disaat kematian dan ketika ibu sedang nazak, dia tetap menyusukan anaknya dan menempatkan anaknya ditempat yang selamat. Itulah kasihnya seorang ibu, sanggup berkorban walau diri terkorban. Dia menyelamatkan anaknya, menyusukan anaknya bukan kerana bebanan tanggungjawab tapi kerana KASIH SAYANG dan CINTA yang mekar untuk anaknya. Alangkah indah jikalau manusia juga turut seperti itu. Mengasihi anak, menjaga anak serta menyusukan anak bukan kerana TANGGUNGJAWAB tapi kerana CINTA kan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita. Ada orang tidak langsung berkesempatan mempunyai zuriat tetapi segelintir manusia yng punya zuriat pula mengabaikan zuriat mereka. Menitik air mata mendengar cerita ini, dan mulai hari ini, kami tekad untuk membuang elemen negative yang merosakkan diri kerana KEBENCIAN itu akan mematikan hormone KASIH SAYANG sesame kita. Teringat sebuah sinetron Filipina MAG...

Di uji lagi…

Bila diuji, itu tandanya ALLAH masih sayangkan kita. Bahagialah orang yang diuji. Firman Allah dalam surah AL-ASR ayat yang ketiga mafhumnya : "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" Sukar mencapai tahap kesabaran yang sebenar kerana ramai orang berpendapat, sabar itu ada hadnya. Bahkan tetapi orang yang sabar dan terus sabar akan mendapat kebahgiaan yang hakiki dunia akhirat.

TAWAKAL

Indahnya alam kehamilan. Allah berikan kelebihan kepada wanita untuk merasai kehamilan. Tidak semua wanita dikurniakan nikmat itu kerana ada wanita yang diuji berpuluh tahun perkahwinan dan masih gagal mempunyai zuriat. Banggalah bagi yang sudah mempunyai zuriat, namun bagi yang belum usah bersedih, ada nikmat lain menantimu disana. Banyakkan beramal, itulah kunci utama untuk mendapat nikmat tawakal. Saya pernah melalui ujian itu selama 3tahun 6 bulan, bohonglah andai diri ini tidak terusik serta boleh berasa gembira. Memang Allah uji bagi hambanya yang kuat. Firman Allah dalam Al-quran – Surah AlBaqarah ayat 155 maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Bahagialah orang yang diuji dengan kesabaran itu kerana pahala dan ganjarannya cukup besar menanti di sana…b...

TASHBIH ATAU QIYAS…

Saya mula mengerti dan alhamdulillah saya mendapat ilmu baru. Dulu, bila saya mendapat tahu tentang kenyataan ustaz yang saya kagumi, dinyatakan bahawa SUSU itu AURAT ditashbihkan dengan DARAH. Saya berteka-teki dengan suami, kenapa kata darah itu AURAT sedangkan darah tidak menjadi AURAT, lanjutan itu, ustaz menerangkan tashbih itu pada DARAH HAID. Saya semakin pening. Erm, banyak lagi aku tak tahu tentang hukum hakam ni…takutnya kalau ada orang Tanya nanti pasti berbalah…itulah perasaan saya 3tahun yang lalu, tidak punya pengalaman dan tidak tahu menerangkan bagaimana. Selalu bertanya pada ustaz muda yang saya kagumi. Kini, setelah mendapat pengalaman menyusukan anak hampir 15bulan, saya mula sedar dan tahu, rupanya benarlah kata ustaz itu, susu ini AURAT. Itu yang saya pegang dan amalkan sehingga kini. Itulah sebab, saya amat berhati2 nak hantar anak ke PENGASUH sebab saya khuatir, keluarga pengasuh yang ajnabi dengan saya. Pembentukan sahsiahnya dan ahli keluarganya penting untuk p...

UJIAN MEMATANGKAN MINDA !

Allah uji kami sekeluarga hari ni…tiga beranak kurang sehat, demam selsema dan batuk… Penyakit ini datang sebagai penghapus dosa2 kami. Setelah nikmat2 yang diberi sepanjang bulan Mac ni, Alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dengan diberi ujian kesakitan. Semoga dengan ujian ini, bertambah iman2 kami, rabit hati kami hanya kerana Mu Ya Allah. Alhamdulillah masih mampu bekerja serta melunaskan tugasan2 penting. Insyaallah akan cuba mula menulis sedikit-sedikit yang mampu…