Posts

01.04.2009 permulaan blog ini, Ketika itu kami masih berdua. Kemudian kesibukan melanda. Blog ini usang. Kini, kami tinggal bertiga tanpa si dia. Ya, dia teman setiaku sudah beralih ke alam barzakh dengan mengamanahkan dua jundullah soleh untuk ditarbiyah. Sepi seorang perindu.

LUKISAN ALAM

Image
Setiap pagi bila terlihat burung-burung berkicau, indahnya. Hari ini kelihatan beberapa ekor burung mencari makanan di atas jalan raya. Agaknya kelaparan. Aysar suka tengok burung, cuba mengikut ajukan suara kita… Burung…bird… Indahnya lukisan alam ini yang Allah telah lakarkan dalam kehidupan kita. Mungkinkah burung itu kelaparan apabila jam 8 mereka sudah mula tidur kerana kegelapan dan bangun seawal jam 7 pagi…hampir 12 jam. Mereka pun tahu masa rehat dan masa bekerja, berbeza manusia, diwaktu malam bersengkang mata, bila hampir subuh mula tidur hingga tengahari. Kalau beribadat, Alhamdulillah tetapi jika menjadi tabiat, berat rezeki nak masuk (kata orang-orang tua dulu-dulu). Selesai menghantar Aysar, dengan gembira minggu ni, tiada tangisan dan jeritan setiap kali ditinggalkan sebab badan pun sudah sihat dan boleh bermain dengan baik. Kegembiraannya membuatkan hati ni bertambah tenang. Kelihatan seorang ibu bersama anaknya menaiki motor. Tulisan dibelakang baju anakny...

PAHALA DAN TABUNG

Image
TABUNG PAHALA Semua orang Islam pasti diberikan satu tabung oleh Allah untuk diisi dengan pahala yang banyak. Andai kita boleh melihat sebanyak mana tabung kita, pasti kita teruja untuk mengumpulkan ganjaran pahala tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Kita tidak boleh melihat sebanyak mana amaun yang disimpan, malah tidak punya penyata akaun yang boleh diperiksa setiap hati atau setiap hujung bulan dan apa yang lagi penting, kita juga tidak boleh mengeluarkan simpanan tabung kita. Itulah namanya PAHALA. Ganjaran yang Allah bagi istimewa untuk orang ISLAM sahaja. Hanya kita sahaja yang punya tabung sedangkan mereka yang bukan Islam, Allah tidak sama sekali memberikan tabung ini pada mereka.   Bayangkan, setiap kali usai melakukan ibadah seperti solat, di hadapan kita ada wang kertas RM10, bahagianya hidup, pasti ramai yang tidak akan meninggalkan solat. Tahukah kita, bahawa setiap kali selesai melakukan amalan mulia, Allah teru...

19 Husnul Khatimah

19 Tanda Kematian yang mulia http://albakriah.wordpress.com/2011/05/31/19-tanda-kematian-yang-mulia/ Posted on Mei 31, 2011 by albakriah Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad. Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab. Memang sedih apabila dengar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid. Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini. Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini. Per...

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SOLAT SUBUH

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SOLAT SUBUH     Saya sering diajukan soalan daripada adik-adik mahupun anak-anak program yang saya kendalikan tentang bagaimana caranya untuk mudah bangun Solat Subuh. Ada yang hanya mengharapkan ibu bapa/kawan-kawan kejutkan tak kurang yang menjadikan jam loceng dan ‘alarm’ handset sebagai alat untuk membangunkan mereka Solat Subuh. Yang berlaku, jam loceng atau alarm handset dimatikan dan kejutan ibu bapa itu ada yang tidak bersungguh-sungguh ataupun bila si anak menyahut terus ditinggalkan dengan jangkaan anak sudah bangun sedangkan mulut saja menyahut tetapi mata tak dibuka dan tubuh masih baring di tilam empuk. Alhamdulillah, saya menemui sebuah buku bertajuk Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani yang telah diterjemahkan mempunyai beberapa tip untuk mudah bangun mendirikan Solat Subuh. Berikut ringkasan yang dapat saya simpulkan merujuk kepada buku di atas. Mudah-mudahan memberi manfaat b...

ALLAH ITU BAQA’

8.40 pagi di kelas Tahun 3 SJKC ENG LING, hanya ada 5 orang murid yang belajar Pendidikan Islam. Hari ini, ustazah akan mengajar tentang tajuk Baqa'. Sedikit pengenalan ringkas tentang latar belakang murid. Murid A – seorang murid pintar, ibu bapa bekerjaya dan mementingkan ajaran agama. Murid B – seorang murid sederhana, ibu bekerja (tidak bertudung) dan bapa pula bekerja di Singapore. Murid C – seorang murid sederhana, ibu muallaf tetapi hebat dalam mengajar agama, bapa seorang tentera. Murid D – seorang murid sederhana, kacukan Malay n Australia, bapanya atheis manakala ibu masih Melayu yang layu, seksi dan sudah bercerai. Murid E – seorang murid lemah yang dilahirkan tanpa bapa, keluarga 69-kucar kacir, tinggal bersama ibu, atuk dan nenek.   Kisahnya bermula apabila seorang ustazah yang poyos bertanyakan beberapa soalan tentang kepercayaan tentang alam yang akan musnah suatu hari nanti. Anak-anak masih ingatkah kejadian Tsunami yang pernah melanda Acheh, dan beberapa negara lai...

kematian semakin rapat dengan kita...

kematian itu hadir tanpa dapat kita bau. benarla ia akan mengikut kita, jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan dunia....memburu sehingga mengabaikan perintah Khaliq. saya tergamam dan masih terkejut dengan pemergian sahabat saya NURHANA NURUDDIN yang merupakan seorang yang amat lembut, berbudi bahasa dan sentiasa menjaga hati orang lain. dia menjaga solat sunatnya. saya pernah tinggal bersamanya. hana, itulah panggilan buatnya. masih segar kenangan bersamanya. tahun ini usia kami menjengah 30 tahun, dan dia menghadap illahi seawal usia ini meninggalkan suami dan dua cahayamatanya. saya memang teringatkan kawan2 sejak akhir2 ini, saya cuba menghubungi sahabat2 lama. saya baru mulakan jejak sahabat2 apium, tetapi tidak sempat lagi menjejak sahabat2 shams. rupanya, sahabat saya dipanggil Allah. saya sayangkan dia, dia seorang yang baik. kadang-kadang bahasa dan perilaku saya mengguriskan hatinya tapi arwah tetap sabar. masih ada lagi gambar2 arwah dalam simpanan saya, gambar sewaktu ka...