TAWAKAL

Indahnya alam kehamilan. Allah berikan kelebihan kepada wanita untuk merasai kehamilan. Tidak semua wanita dikurniakan nikmat itu kerana ada wanita yang diuji berpuluh tahun perkahwinan dan masih gagal mempunyai zuriat. Banggalah bagi yang sudah mempunyai zuriat, namun bagi yang belum usah bersedih, ada nikmat lain menantimu disana. Banyakkan beramal, itulah kunci utama untuk mendapat nikmat tawakal. Saya pernah melalui ujian itu selama 3tahun 6 bulan, bohonglah andai diri ini tidak terusik serta boleh berasa gembira. Memang Allah uji bagi hambanya yang kuat.

Firman Allah dalam Al-quran – Surah AlBaqarah ayat 155 maksudnya :

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Bahagialah orang yang diuji dengan kesabaran itu kerana pahala dan ganjarannya cukup besar menanti di sana…buat kakak2,sahabat2,adik2 yang masih mengharapkan rezeki anak, berdoalah tanpa henti, dan dalam masa yang sama, jangan mengeluh serta bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang. Kadang2 kita mengharapkan sesuatu sedangkan ALLAH tahu mana yang terbaik buat kita.

Alam kehamilan memang banyak mengajar serta mendidik saya, walaupun ketika itu, saya sendiri tidak tahu kehadirannya. Setelah berusaha, saya benar2 mengenal dan mengerti tawakal. Indahnya tawakal itu andai kita tahu dan faham.

Comments

Popular posts from this blog

19 Husnul Khatimah

LUKISAN ALAM

ISU KALIMAH ALLAH