TASHBIH ATAU QIYAS…

Saya mula mengerti dan alhamdulillah saya mendapat ilmu baru. Dulu, bila saya mendapat tahu tentang kenyataan ustaz yang saya kagumi, dinyatakan bahawa SUSU itu AURAT ditashbihkan dengan DARAH. Saya berteka-teki dengan suami, kenapa kata darah itu AURAT sedangkan darah tidak menjadi AURAT, lanjutan itu, ustaz menerangkan tashbih itu pada DARAH HAID. Saya semakin pening. Erm, banyak lagi aku tak tahu tentang hukum hakam ni…takutnya kalau ada orang Tanya nanti pasti berbalah…itulah perasaan saya 3tahun yang lalu, tidak punya pengalaman dan tidak tahu menerangkan bagaimana. Selalu bertanya pada ustaz muda yang saya kagumi. Kini, setelah mendapat pengalaman menyusukan anak hampir 15bulan, saya mula sedar dan tahu, rupanya benarlah kata ustaz itu, susu ini AURAT. Itu yang saya pegang dan amalkan sehingga kini. Itulah sebab, saya amat berhati2 nak hantar anak ke PENGASUH sebab saya khuatir, keluarga pengasuh yang ajnabi dengan saya. Pembentukan sahsiahnya dan ahli keluarganya penting untuk pembentukan peribadi anak saya. Lantas, kami suami isteri membuat keputusan meninjau beberapa taska.

Memang buntu memilih taska. Ada taska yang mencadangkan buaian untuk anak saya. Aik, kalau JKM ni buaian tak bole pakai buaian, itulah yang terlintas. Saya selidiki rumah yang akan menjadi kediaman anak saya nanti walaupun cuma beberapa jam. Dan akhirnya, satu taska yang saya berkenan, punya pengasuh yang saya tengok bolehlah diterima. Tidak terlalu sempurna tapi cukuplah kalau menenangkan saya. Memang sukar meninggalkan anak untuk dijaga buat pertama kali. Berbekalkan susu yang saya simpan,itulah peneman anak saya. Alhamdulillah, pengasuh di Taska Azam cekap menguruskan ebm walaupun tidak punya pengalaman. Dorang belajar dari saya, saya memang cerewet. Sehinggalah pada suatu masa, saya dikhabarkan berita kurang enak, apabila semua pengasuh yang menjaga aysar telah berhenti kerja dan diganti dengan pengasuh baru yang lepasan SPM serta berumur 20 tahun. Saya positifkan diri, 3hari aysar tidak terurus, setiap hari saya ambil dia tidak dimandikan, tidak sempat bagi susu. Sedihnya, saya nekad mencari pengasuh lama aysar, jarak rumahnya dari rumah kami 30 minit..selama 2minggu saya berulang ke sekolah dan mengambil aysar dari rumahnya.. dia gembira, saya juga gembira…kemudian dikhabarkan lagi, pengasuh kematian ayah, terpaksa pulang ke kampung. Saya ambil cuti 2hari…Alhamdulillah,semua selamat. 2012, pengasuh lama membuka taska baru dengan suasana islamik, saya suka bila tengok pengasuh saya bertudung litup. Tenang jiwa bila setiap kali ke taska, terdengar suara alunan zikir dan nasyid. Anak-anaknya juga berlari2 memakai tudung ketika kehadiran saya sedangkan mereka hanya sekolah rendah… tenang jiwa saya, teringat saya dan kakak2 ketika kecil dulu….

Back to the topic, susu itu aurat, Ustaz Azhar Idrus kata, harus menyusukan bayi dikhalayak ramai dengan syarat menutup aurat. Makanya, kalau ibu itu tidak menutup aurat, haram hukumnya kan. Dan ustaz Azhar Idrus juga tashbih susu dengan darah. Benarlah itu, tetapi saya teringat ustaz muda yang memberikan hukum pertama, yang saya pegang sehingga kini, susu AURAT…ye, ia sama seperti SUARA…Ulama pernah mengatakan suara wanita itu AURAT, tapi kalau guna jalan yang betul seperti mendidik, mengajar dsb, tidak akan menjadi AURAT tapi kalau guna untuk menyanyi, menggoda ajnabi, pasti ia menjadi AURAT dan HARAM…persoalannya ringkas sahaja, sebenarnya AURAT WANITA itu sudah jelas… Ulama dulu memang menyamakan sesuatu yang patut dijaga wanita sebagai AURAT. Barulah saya faham, bila saya tengok apa yang jadi hari ini, dengan blogger yang ramai, gejala FB dsb, orang berlumba2 menayangkan susu mereka…sehinggakan berlakunya pergaduhan, perpecahan dan perbalahan hukum hakam…memang benarlah SUSU itu AURAT kerana ia mengundang FITNAH dan kemudaratan yang besar…

Ramai pula yang berkata, ISLAM itu kan MUDAH janganlah pulak disusahkan. Ya, benar ISLAM itu Mudah tapi jangan sampai kita memudahkannya hanya untuk kepentingan diri kita. Kita cuba mengambil separuh-separuh dan kita kata, kita lah wasatiyyah…sedangkan kitalah golongan melampau, menafikan unjuran Islam yang sebenar. Bila berhijab, kita hanya memakai tudung menutup rambut sahaja sedangkan konsep menutup aurat didalam Islam itu luas. Janganlah jadi orang yang mempergunakan Agama semata-mata untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Saya berpegang dengan pendapat saya, memang benar pendapat lain juga benar belaka. Berpeganglah dan beramallah dengan sesuatu yang kamu yakin.

Seandainya diuji dengan keperluan yang mendesak, darurat…maka ada kelonggaran, tapi sebagai muslim, kita kena berusaha melaksanakan yang terbaik serta sesempurna mungkin…

Ini sekadar pendapat saya, maaf seandainya menyalahi apa yang anda semua amalkan.

Comments

Popular posts from this blog

19 Husnul Khatimah

LUKISAN ALAM

ISU KALIMAH ALLAH