daie itu cita-citaku
menjadikan penulisan sebagai salah satu rutin harian bukan sesuatu yang mudah. ramai orang mampu bersuara lantang tetapi gagal menulis dengan hebat. saya pernah bercita-cita menjadi penulis kerana pada asalnya saya telah pahatkan di dalam hati saya untuk menjadi seorang pendakwah. oleh kerana ingin menjadi pendakwah, saya rasakan bidang pekerjaan bukan penghalang untuk saya mencapai impian itu. dan keraa itulah, saya terjun ke bidang perguruan, alhamdulillah memang banyak membantu saya menerapkan ISLAM di dalam jati diri anak-anak Melayu masakini.
selama minggu ini, otak telah dipadatkan dan disemakkan dengan pencarian rumah sewa di sekitar nilai, seremban dan senawang. antara menyewa atau membeli. kami hanya ada satu bulan untuk memunggah semua barang-barang. alangkah indahnya kalau ada umah sewa beli. saya tertarik dengan beberapa rumah di kampung panchur, namun masih belum berkesempatan bertemu dengan waris rumah tersebut. dikhabarkan pemiliknya telah meninggal, mungkin urusan penjualan akan mengambil masa yang panjang. dalam masa sebulan, saya harus ada sebuah rumah di seremban...memang sesuatu yang tidak mustahil. tetapi amatlah menguji daya ketahanan mental.
pada asalnya, kami ingin mendirikan rumah sendiri tetapi bila dihitung tempoh yang singkat, dengan kos barang yang tinggi membuatkan kami berfikir 1000 kali. tanah yang ada, buat masa ini dikosongkan sahaja, mungkin boleh dibuat pertanian. lebih baik cari rumah yang agak sesuai untuk kami bertiga. dan jika diizinkan Allah,kami akan naik rumah dalam 2-3 tahun. mungkin lebih panjang lagi...kerana biarlah rumah sendiri ini betul-betul menepati citarasa kami. jangan hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga".
perjalanan hidup akan diteruskan, rutin harian juga akan dilazimkan...mohon kami, moga urusan kami dipermudahkan ALLAH...AMEEN YA RABB

Comments
Post a Comment