LUKISAN ALAM
Setiap pagi bila terlihat burung-burung berkicau, indahnya. Hari ini kelihatan beberapa ekor burung mencari makanan di atas jalan raya. Agaknya kelaparan. Aysar suka tengok burung, cuba mengikut ajukan suara kita… Burung…bird… Indahnya lukisan alam ini yang Allah telah lakarkan dalam kehidupan kita. Mungkinkah burung itu kelaparan apabila jam 8 mereka sudah mula tidur kerana kegelapan dan bangun seawal jam 7 pagi…hampir 12 jam. Mereka pun tahu masa rehat dan masa bekerja, berbeza manusia, diwaktu malam bersengkang mata, bila hampir subuh mula tidur hingga tengahari. Kalau beribadat, Alhamdulillah tetapi jika menjadi tabiat, berat rezeki nak masuk (kata orang-orang tua dulu-dulu). Selesai menghantar Aysar, dengan gembira minggu ni, tiada tangisan dan jeritan setiap kali ditinggalkan sebab badan pun sudah sihat dan boleh bermain dengan baik. Kegembiraannya membuatkan hati ni bertambah tenang. Kelihatan seorang ibu bersama anaknya menaiki motor. Tulisan dibelakang baju anakny...