KASIHNYA IBU…

Pagi ini diindahi dengan tazkirah dari ustaz Radio Ikim, penceritaan tentang seekor monyet bersama anaknya. Disaat kematian dan ketika ibu sedang nazak, dia tetap menyusukan anaknya dan menempatkan anaknya ditempat yang selamat. Itulah kasihnya seorang ibu, sanggup berkorban walau diri terkorban. Dia menyelamatkan anaknya, menyusukan anaknya bukan kerana bebanan tanggungjawab tapi kerana KASIH SAYANG dan CINTA yang mekar untuk anaknya. Alangkah indah jikalau manusia juga turut seperti itu. Mengasihi anak, menjaga anak serta menyusukan anak bukan kerana TANGGUNGJAWAB tapi kerana CINTA kan nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita. Ada orang tidak langsung berkesempatan mempunyai zuriat tetapi segelintir manusia yng punya zuriat pula mengabaikan zuriat mereka.

Menitik air mata mendengar cerita ini, dan mulai hari ini, kami tekad untuk membuang elemen negative yang merosakkan diri kerana KEBENCIAN itu akan mematikan hormone KASIH SAYANG sesame kita. Teringat sebuah sinetron Filipina MAGKARIBAL yang ditayangkan di ASTRO BELLA, apabila dendam menguasai diri Victoria, hingga saat kematian ayahnya, Manuel, dia masih tidak boleh mengampunkan ayahnya, malahan dendam antara Victoria dan Vera semakin menjadi-jadi. Itulah dia reality kehidupan yang kadangkala kita juga terlupa dan tidak tahu. Ramai orang hidup dalam keadaan yang tidak bahagia kerana dendam dan kebencian.

Pernah satu ketika, menasihati seorang anak murid, orang yang paling bahagia di dunia dan akhirat adalah orang yang mempunyai kasih sayang keluarga, mencintai ibu bapa dan bahagia bersama mereka. Maryam menggeleng kepala tanda tidak setuju kerana dia dibesarkan dengan kebencian terhadap ibu bapanya, dendam terhadap bapa tirinya, dan dia rasakan hidup ini tidak adil baginya. Baginya, dia akan bahagia bila dibebaskan dari kongkongan ibu bapa. Saya tidak menyalahkan dia kerana persekitaran keluarga mempengaruhi mindanya. Dia terlalu muda seawal 12tahun untuk menilai kehidupan ini. Apa yang boleh dilakukan Cuma menasihatinya agar berkelakuan baik. Meneliti latar belakangnya, ketika ibunya mengandungkannya, ibunya mengalami trauma kerana suaminya penagih dadah. Ibunya dalam keadaan tertekan, dan penuh kebencian. Dia dilahirkan dan kemudian dibesarkan neneknya. Disebabkan itu, elemen negative tebal dalam hatinya. Saya khuatir dia akan mengalami kecacatan mental kerana akhir-akhir ini, menurut guru lain, dia banyak mereka-reka cerita malahan bercakap bohong mengenai guru-guru. Dia berani keluar masuk pejabat dan melakukan apa sahaja yang diinginkan. Dia juga pernah mencuri beberapa barang-barang mahal milik rakannya. Dia melakukan kerana terdesak dan inginkan perhatian. Itu yang saya lihat dalam dirinya. Tapi dia adalah salah seorang anak murid saya yang selalu memberi salam ketika bertemu saya, mengangkat barang-barang saya dan selalu bersembang dengan saya. Saya tahu sebenarnya dia dahagakan perhatian. Tapi itulah, tugasan guru amat terhad. Dengan perbezaan bangsa, saya tidak boleh mengharapkan sesuatu yang melebihi batasan. Saya cuba menasihati dan melakukan yang terbaik walaupun kadangkala rimas dengan sikapnya yang kadang-kadang bercerita tetapi tidak tahu apa yang ingin dimaksudkan sebenarnya…

Apa sekalipun, saya bahagia menjadi seorang ibu, ibu kepada seorang anak dan ibu kepada beribu anak murid….

Comments

Popular posts from this blog

19 Husnul Khatimah

LUKISAN ALAM

ISU KALIMAH ALLAH