kematian semakin rapat dengan kita...
kematian itu hadir tanpa dapat kita bau. benarla ia akan mengikut kita, jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan dunia....memburu sehingga mengabaikan perintah Khaliq.
saya tergamam dan masih terkejut dengan pemergian sahabat saya NURHANA NURUDDIN yang merupakan seorang yang amat lembut, berbudi bahasa dan sentiasa menjaga hati orang lain. dia menjaga solat sunatnya. saya pernah tinggal bersamanya. hana, itulah panggilan buatnya. masih segar kenangan bersamanya. tahun ini usia kami menjengah 30 tahun, dan dia menghadap illahi seawal usia ini meninggalkan suami dan dua cahayamatanya.
saya memang teringatkan kawan2 sejak akhir2 ini, saya cuba menghubungi sahabat2 lama. saya baru mulakan jejak sahabat2 apium, tetapi tidak sempat lagi menjejak sahabat2 shams. rupanya, sahabat saya dipanggil Allah. saya sayangkan dia, dia seorang yang baik. kadang-kadang bahasa dan perilaku saya mengguriskan hatinya tapi arwah tetap sabar. masih ada lagi gambar2 arwah dalam simpanan saya, gambar sewaktu kami bercuti ke Kelantan selepas tamat SPM 99. memang kami gembira. banyak kenangan saya dengan arwah walaupun saya hanya bersekolah selama dua tahun di SHAMS, dan kemudian berpisah melanjutkan pelajaran, akhirnya mengajar di kawasan yang sama menyebabkan saya ditakdirkan Allah untuk tinggal bersama arwah walaupun dalam 4bulan sahaja. saya sempat menyelami arwah, mengenalinya dan mendengar cerita-ceritanya. saya juga sempat mengenali keluarganya.
saya yang hanya mengenalinya beberapa tahun merasakan hiba pemergiannya. rasa ingin terus terbang menziarahi jenazahnya, inikan pula sahabat yang lebih lama dari saya. apalah perasaan ibu ayahnya ketika ini, suaminya...saya yakin mereka semua tabah menerima berita ini. andai saya ditempat mereka, saya pun tidak pasti apa yang akan saya lakukan. ingatlah, kematian itu semakin hampir dengan kita, jangan kita lupakan dia. sayangilah ahli keluarga dan sahabat2 yang ada...
maafkan saya wahai semua....

Salam, sy jg br tahu berita berkenaan arwah pg td dr noor azahani hamzah (sepupu sy). Sy kenal arwah di sek rdh & tggl di kejiranan yg sm. btl ckp awk, arwah sgt lembut budi bicaranya. Setkt tgh hr td, jenazah msh di KL & akan dibw plg ke gemas utk dikebumikan. Al-fatihah utk arwah Nurhana.
ReplyDelete