ALLAH ITU BAQA’
8.40 pagi di kelas Tahun 3 SJKC ENG LING, hanya ada 5 orang murid yang belajar Pendidikan Islam. Hari ini, ustazah akan mengajar tentang tajuk Baqa'. Sedikit pengenalan ringkas tentang latar belakang murid.
Murid A – seorang murid pintar, ibu bapa bekerjaya dan mementingkan ajaran agama.
Murid B – seorang murid sederhana, ibu bekerja (tidak bertudung) dan bapa pula bekerja di Singapore.
Murid C – seorang murid sederhana, ibu muallaf tetapi hebat dalam mengajar agama, bapa seorang tentera.
Murid D – seorang murid sederhana, kacukan Malay n Australia, bapanya atheis manakala ibu masih Melayu yang layu, seksi dan sudah bercerai.
Murid E – seorang murid lemah yang dilahirkan tanpa bapa, keluarga 69-kucar kacir, tinggal bersama ibu, atuk dan nenek.
Kisahnya bermula apabila seorang ustazah yang poyos bertanyakan beberapa soalan tentang kepercayaan tentang alam yang akan musnah suatu hari nanti. Anak-anak masih ingatkah kejadian Tsunami yang pernah melanda Acheh, dan beberapa negara lain? Anak-anak semua ingat dan mula menceritakan ketakutan masing-masing. Tahukah kamu, pada suatu hari nanti alam ini akan musnah? Akan berlaku satu banjir besar. Semua makhluk akan binasa termasuk haiwan, tumbuhan, manusia dan alam ini. Murid semakin berminat untuk mendengar celoteh ustazah. Semakin diterang, semakin anak-anak merasakan ingin tahu. Bila masanya alam ini akan musnah, lantas ustazah menceritakan tentang hari kiamat (padahal tajuk ni sudah diceritakan minggu lepas) kemudian tentang padang mahsyar dan hukuman bagi orang yang melakukan maksiat. Kesalahan dirungkai dan hukuman pembalasan juga dijelaskan. Ada orang yang terpaksa memotong lidahnya ketika di Padang Mahsyar kerana lidahnya semakin panjang. Ustazah menekankan bahawa sebagai orang Islam, kita tidak boleh melakukan perkara yang dilarang Allah. Murid bertanya, apa perkara yang kita tidak boleh buat?
Antaranya ialah meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat, menutup aurat, puasa, zakat dsb. Kemudian kita juga ditegah melakukan perkara maksiat seperti minum arak, menderhaka ibu bapa, tidak percayakan Nabi dan Allah dan ustazah pun terus beleter…
Murid E – Atuk saya minum arak kat umah ustazah. Hari tu dia bagi adik saya minum. Saya dah cakap yang arak itu haram, berdosa kalau minum tapi dia cakap tak pe, atuk nak minum banyak-banyak. Dia bagi saya tapi saya tak nak. Pastu dia bagi adik saya, adik saya kata sedap, lepas satu gelas, adik saya minum lagi satu gelas. Lepas tu, adik saya jadi tak betul. Dia pijak kepala atuk saya, dia pijak perut atuk saya. Dia jadi macam kuat je ustazah. Ibu saya pun risau dan pening tengok dia.
Apa yang saya mampu katakan? Astaghfirullah, itulah ucapan berpuluh2 kali saya lafazkan. Patutla adik kamu degil xnak belajar, xnak datang sekolah, kalau ajar kenal huruf pun susah nak ingat.
Murid D – daddy saya pun minum arak gak ustazah.
Guru : mummy kamu minum x?
Murid D – mummy saya xminum arak, dia cuma minum wine…
Murid A- wine tu arak lah…
cepat sungguh kawannya memberikan jawapan sebelum sempat ustazah menjawab…
Kelas menjadi riuh rendah dengan cerita anak-anak tersebut. Apa daya saya sebagai seorang ustazah untuk membantu anak murid saya? Saya hanya mampu berkata, nanti bagitahu dengan ibu bapa kamu, yang arak itu haram, anjing itu juga haram disentuh, bukan boleh jadi haiwan peliharaan. Murid D dan E keduanya mempunyai anjing belaan di rumah.
Ustazah hanya mampu menceritakan pada anak-anak ini bahawa pembalasan Allah itu benar. Jelas, murid-murid takut dengan pembalasan Allah. Kata mereka, kalau kami mati, kami kene masuk neraka ke ustazah. Jawapannya, apa yang kamu buat sekarang adalah tanggungjawab ibu bapa kamu, kamu ni belum baligh lagi, jadi kanak-kanak yang belum baligh, Allah janjikan kamu tempat di neraka… terpancar kegembiraan pada wajah mereka. Tapi, nanti kalau kamu semua dah baligh, jangan sesekali buat salah yer, ingat tau, Allah Maha Melihat. Hanya Allah sahaja yang kekal, alam ini semua akan musnah.
Comments
Post a Comment