Posts

Showing posts from March, 2012

SPBA oh SSM!

Hari ini dalam sejarah. Semua penjawat awam tertunggu-tunggu keputusan SPBA yang dijangka dapat memberikan kenaikan maksimum pada gred gaji masing-masing. Ramai yang bersetuju dengan SPBA tetapi ramai juga yang mengenepikan SPBA kerana masih sayangkan SSM. Langit yang disangka cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari…hehehe… SPBA dibatalkan dan SSM dikemaskini semula…maka ramai yang terlopong tetapi masih ramai yang menadah tangan penuh kesyukuran… Sekurang-kurangnya gred gaji 1-54 mendapat kenaikan 13%.. semua penjawat awam akan mendapat kenaikan dari 100 hingga 1000(jangkaan awal) Apa-apa pun tahniah buat semua penjawat awam… TINGKATKAN PRESTASI DAN HAPUSKAN KONTROVERSI…

TANGISAN BAYI DAN MAKNANYA

Entri ini saya ambil dari salah satu laman web, maaf kerana tidak pasti sumbernya, Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya" http://familiazam.com Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan? Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya ...