JUNJUNGAN MULIA
BIODATA RASULULLAH SAW Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya. USIA 6 TAHUN• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)• Bagind...