PAHALA DAN TABUNG
TABUNG PAHALA
Semua orang Islam pasti diberikan satu tabung oleh Allah untuk diisi dengan pahala yang banyak. Andai kita boleh melihat sebanyak mana tabung kita, pasti kita teruja untuk mengumpulkan ganjaran pahala tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Kita tidak boleh melihat sebanyak mana amaun yang disimpan, malah tidak punya penyata akaun yang boleh diperiksa setiap hati atau setiap hujung bulan dan apa yang lagi penting, kita juga tidak boleh mengeluarkan simpanan tabung kita. Itulah namanya PAHALA. Ganjaran yang Allah bagi istimewa untuk orang ISLAM sahaja. Hanya kita sahaja yang punya tabung sedangkan mereka yang bukan Islam, Allah tidak sama sekali memberikan tabung ini pada mereka.
Bayangkan, setiap kali usai melakukan ibadah seperti solat, di hadapan kita ada wang kertas RM10, bahagianya hidup, pasti ramai yang tidak akan meninggalkan solat. Tahukah kita, bahawa setiap kali selesai melakukan amalan mulia, Allah terus masukkan ganjaran itu ke dalam tabung kita. Cuba kirakan sehari melakukan 5 solat fardhu mendapat ganjaran 50 ditambah dengan amalan lain, membantu ibu, bekerja, membaca quran...mungkinkah kita mendapat 100 sehari? Tidak mustahil...dan bila berada di bulan Ramadhan yang mulia, ganjaran ini berganda 10 kali ganda...wah, mendapat 1000 sehari...pasti semua orang berebut-rebut...
Percayalah, tabungan pahala yang kita simpan ini tetap membantu kita, bila dibantunya? Disaat nyawa sudah tercabut, berada di dalam kubur...ketika itu, tabungan ini akan mengeluarkan bantuannya...maka, seronoklah bagi orang yang mempunyai tabungan yang banyak, bolehlah dia berbahagia di alam kubur, bertemankan aircond dan mahligai indah di sana, yang hanya dia saja yang rasa, tidak boleh dikongsi kepada orang lain. Berlainan pula bagi orang yang leka dan boros, tidak suka menabung pahala, akhirnya terseksa di alam sana, ditemani ular bisa dan kala jengking. Oleh itu, tanyalah wahai hati, mana satu pilihanmu wahai anak didikku....
Disana nanti, orang yang punya tabung pahala yang banyak akan mendapat rumah yang cantik seperti mahligai, makanan yang enak, malahan pakaian yang cantik berseri...doala mohon ketetapan iman, jangan bermegah diatas kuburan, membina yang mahal-mahal sedangkan yang lebih utama adalah amalan semasa hidup, dan amal jariah selepas kematian. Alangkah bagus, andai harta peninggalan arwah boleh diinfaq ke jalan yang baik supaya pahala sentiasa mengalir dan menyejukkan rumah kuburnya.



Comments
Post a Comment