LUKISAN ALAM


Setiap pagi bila terlihat burung-burung berkicau, indahnya. Hari ini kelihatan beberapa ekor burung mencari makanan di atas jalan raya. Agaknya kelaparan. Aysar suka tengok burung, cuba mengikut ajukan suara kita… Burung…bird…

Indahnya lukisan alam ini yang Allah telah lakarkan dalam kehidupan kita. Mungkinkah burung itu kelaparan apabila jam 8 mereka sudah mula tidur kerana kegelapan dan bangun seawal jam 7 pagi…hampir 12 jam. Mereka pun tahu masa rehat dan masa bekerja, berbeza manusia, diwaktu malam bersengkang mata, bila hampir subuh mula tidur hingga tengahari. Kalau beribadat, Alhamdulillah tetapi jika menjadi tabiat, berat rezeki nak masuk (kata orang-orang tua dulu-dulu).

Selesai menghantar Aysar, dengan gembira minggu ni, tiada tangisan dan jeritan setiap kali ditinggalkan sebab badan pun sudah sihat dan boleh bermain dengan baik. Kegembiraannya membuatkan hati ni bertambah tenang.

Kelihatan seorang ibu bersama anaknya menaiki motor. Tulisan dibelakang baju anaknya SMK SAMUDERA, bila anaknya menoleh, kelihatan wajah Sindrom Down. Ya Allah, tabahnya ibu ini, berikan dia kebahagiaan dan jaminan syurgaMu atas keredhaan dan kesabarannya menjaga anaknya. Mengalir air mata melihat anak tersebut. Tabahnya ibu itu berulang-alik menghantar anaknya ke Pendidikan Khas, bagi memastikan anaknya juga mendapat ilmu. Alhamdulillah.

Bandingkan dengan diri ini, Allah kurniakan anak yang sempurna, kehidupan yang sempurna tetapi mulut jarang bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA. Selalu saja merungut dan memikirkan sesuatu yang lain. Allah telah bentangkan kebahagian didepan mata kita tetapi kita memandang kebahagiaan orang. Bila melihat penderitaan orang, barulah terasa jauhnya diri ini dari Tuhan. MAAFKAN KAMI YA ALLAH…

Nikmat penderitaan dan kesusahan sebenarnya mengajar kita erti SYUKUR. Kadang-kadang lebih baik kita susah kerana kita tidak putus harapan dengan Allah dan sentiasa bersyukur kerana ada yang lebih susah. Biarlah hanya Allah yang tahu penderitaan kita.  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

19 Husnul Khatimah

ISU KALIMAH ALLAH