LUKISAN ALAM
Setiap pagi
bila terlihat burung-burung berkicau, indahnya. Hari ini kelihatan beberapa
ekor burung mencari makanan di atas jalan raya. Agaknya kelaparan. Aysar suka
tengok burung, cuba mengikut ajukan suara kita… Burung…bird…
Indahnya
lukisan alam ini yang Allah telah lakarkan dalam kehidupan kita. Mungkinkah
burung itu kelaparan apabila jam 8 mereka sudah mula tidur kerana kegelapan dan
bangun seawal jam 7 pagi…hampir 12 jam. Mereka pun tahu masa rehat dan masa
bekerja, berbeza manusia, diwaktu malam bersengkang mata, bila hampir subuh
mula tidur hingga tengahari. Kalau beribadat, Alhamdulillah tetapi jika menjadi
tabiat, berat rezeki nak masuk (kata orang-orang tua dulu-dulu).
Selesai menghantar
Aysar, dengan gembira minggu ni, tiada tangisan dan jeritan setiap kali
ditinggalkan sebab badan pun sudah sihat dan boleh bermain dengan baik.
Kegembiraannya membuatkan hati ni bertambah tenang.
Kelihatan seorang
ibu bersama anaknya menaiki motor. Tulisan dibelakang baju anaknya SMK
SAMUDERA, bila anaknya menoleh, kelihatan wajah Sindrom Down. Ya Allah,
tabahnya ibu ini, berikan dia kebahagiaan dan jaminan syurgaMu atas keredhaan
dan kesabarannya menjaga anaknya. Mengalir air mata melihat anak tersebut.
Tabahnya ibu itu berulang-alik menghantar anaknya ke Pendidikan Khas, bagi
memastikan anaknya juga mendapat ilmu. Alhamdulillah.
Bandingkan dengan
diri ini, Allah kurniakan anak yang sempurna, kehidupan yang sempurna tetapi
mulut jarang bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA. Selalu saja merungut dan
memikirkan sesuatu yang lain. Allah telah bentangkan kebahagian didepan mata
kita tetapi kita memandang kebahagiaan orang. Bila melihat penderitaan orang,
barulah terasa jauhnya diri ini dari Tuhan. MAAFKAN KAMI YA ALLAH…
Nikmat
penderitaan dan kesusahan sebenarnya mengajar kita erti SYUKUR. Kadang-kadang
lebih baik kita susah kerana kita tidak putus harapan dengan Allah dan sentiasa
bersyukur kerana ada yang lebih susah. Biarlah hanya Allah yang tahu
penderitaan kita.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete