19 Tanda Kematian yang mulia http://albakriah.wordpress.com/2011/05/31/19-tanda-kematian-yang-mulia/ Posted on Mei 31, 2011 by albakriah Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad. Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab. Memang sedih apabila dengar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid. Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini. Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini. Per...
Setiap pagi bila terlihat burung-burung berkicau, indahnya. Hari ini kelihatan beberapa ekor burung mencari makanan di atas jalan raya. Agaknya kelaparan. Aysar suka tengok burung, cuba mengikut ajukan suara kita… Burung…bird… Indahnya lukisan alam ini yang Allah telah lakarkan dalam kehidupan kita. Mungkinkah burung itu kelaparan apabila jam 8 mereka sudah mula tidur kerana kegelapan dan bangun seawal jam 7 pagi…hampir 12 jam. Mereka pun tahu masa rehat dan masa bekerja, berbeza manusia, diwaktu malam bersengkang mata, bila hampir subuh mula tidur hingga tengahari. Kalau beribadat, Alhamdulillah tetapi jika menjadi tabiat, berat rezeki nak masuk (kata orang-orang tua dulu-dulu). Selesai menghantar Aysar, dengan gembira minggu ni, tiada tangisan dan jeritan setiap kali ditinggalkan sebab badan pun sudah sihat dan boleh bermain dengan baik. Kegembiraannya membuatkan hati ni bertambah tenang. Kelihatan seorang ibu bersama anaknya menaiki motor. Tulisan dibelakang baju anakny...
01.04.2009 permulaan blog ini, Ketika itu kami masih berdua. Kemudian kesibukan melanda. Blog ini usang. Kini, kami tinggal bertiga tanpa si dia. Ya, dia teman setiaku sudah beralih ke alam barzakh dengan mengamanahkan dua jundullah soleh untuk ditarbiyah. Sepi seorang perindu.
Comments
Post a Comment